Salam semua,
Entri saya kali ni mengenai kesedaran untuk mengambil bahagian dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh Pusat Darah Negara...
Tahukah Anda??
Tabung darah malaysia kini sedang menghadapi kekurangan bekalan darah yang kritikal...oleh kerana itu kempen derma darah yang menyeluruh diadakan bagi menyeru orang ramai agar sedar dengan kepentingan dan kebaikan menderma darah...
Alhamdulillah, 3minggu yang lepas saya dah berjaya menderma darah untuk kali ke-6... hehehe walaupun baru 6 kali...saya tetap merasa gembira kerana dapat membantu mereka2 yang amat memerlukan...
Rata-rata ramai diantara kita yang masih belum pernah mencuba untuk menderma darah... sama ada alasan sibuk...takut atau sebagainya sepatutnya x perlu ada dalam diri setiap individu yang sedar akan kepentingan menderma darah. Ok, bagi yang x pernah menderma darah...mari kita tengok apa prosedur2 yang akan kita lalui semasa hendak menderma darah:
1. Kita hendaklah mendaftar di kaunter pendaftaran terlebih dahulu
- disini kakitangan yang bertugas akan meminta kita mengisi borang soal selidik latar belakang kesihatan dan gaya hidup anda. Kemudian borang ini akan ditanda tangan dihadapan doktor yang memeriksa kita sebelum disahkan boleh menderma.
2. Berat, kandungan gula dan jenis darah diperiksa dan direkodkan. Berat badan hendaklah melebihi 45kg untuk menjadi penderma.
3. Selepas selesai perkara2 diatas, kakitangan yang bertugas akan menyerahkan sebuah buku berwarna merah utk dibawa setiap kali kita datang utk menderma.
Buku Catatan Penderma
4. Seterusnya kita akan dibawa berjumpa dengan doktor yan bertugas utk diperiksa tekanan darah dan di soal selidik secara ringkas. Jika tekanan darah normal (tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah) barulah anda disahkan boleh menderma darah dan diminta menanda tangan borang dihadapan doktor yang bertugas.
Bilik Prosuder untuk menderma darah.
Selesa dan dilengkapi dengan peralatan moden.
5. Anda akan dibawa masuk ke dalam bilik menderma darah dan prosuder dijalankan.....relaks x ada apa yang perlu ditakutkan...semua jururawat yang bertugas disini dah profesional! :)
Tengah menderma darah...cool je muka! :p
6. Selesai darah didermakan, anda biasanya diminta merehatkan diri beberapa ketika sebelum dijemput untuk menikmati jamuan ringan tanda perhargaan dan terima kasih diatas kesudian anda menderma darah.
Macam2 ada...mee goreng, pisang, biskut2, kek, sandwich
dan air milo...alhamdulillah lepas la lunch hari tu..:)
7. Cenderahati pun diberi, boleh la buat kenang2an! dah kenyang...boleh la balik. Sebelum tu jangan lupa FOLIC ACID dan FERROUS FUMARATE utk anda bawa pulang dan makan. Ianya utk mengalakkan pembinaan sel darah yang baru.
Mug ni kaca tau bukan plastik! :)
8. Anda kini seorang penderma darah dan telah membantu menyelamatkan nyawa mereka2 yang memerlukannya! Thumbs up untuk anda!!!! :D
InsyaAllah saya berazam akan meneruskan amalan sihat sepanjanghayat saya...saya nak contohi abg saya (mentor saya dlm menderma darah ni...huhu) yang dah 98kali menderma dah sejak umur dia awal 20-an kot sehingga kini...bestkan! :)
Mari kita semak keistimewaan yang bakal diperolehi oleh penderma darah:
1. 1 kali - percuma rawatan pesakit luar rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk tempoh 4 bulan
2. 2-5 kali - sama seperti (1) + percuma pelalian Hepatitis B
3. 6-10 kali - percuma rawatan pesakit luar utk 1 thn dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk 6 bln
4. 11-15 kali - percuma rawatan pesakit luar utk 2 thn dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk 1 thn
5. 16-20 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk 2 thn
6. 21-30 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk 3 thn
7. 31-40 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 utk 4 thn
8. 41-50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 utk 6 bln
9. Lebih 50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 utk 10 thn dan wad kelas 2 seumur hidup selepas 10 thn di wad kelas 1
fuyoooo....banyakkan keistimewaan...tapi ni semua x penting...yang penting kesedaran kita utk menderma...dan dapat membantu insan yang memerlukan...so apa lagi kawan2???
moh la kita!
~ Lisa Mohamed ~