Sunday 24 October 2010

One Drop Can Safe A Life.......






Salam semua,


Entri saya kali ni mengenai kesedaran untuk mengambil bahagian dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh Pusat Darah Negara...


Tahukah Anda??


Tabung darah malaysia kini sedang menghadapi kekurangan bekalan darah yang kritikal...oleh kerana itu kempen derma darah yang menyeluruh diadakan bagi menyeru orang ramai agar sedar dengan kepentingan dan kebaikan menderma darah...



Alhamdulillah, 3minggu yang lepas saya dah berjaya menderma darah untuk kali ke-6... hehehe walaupun baru 6 kali...saya tetap merasa gembira kerana dapat membantu mereka2 yang amat memerlukan...




Rata-rata ramai diantara kita yang masih belum pernah mencuba untuk menderma darah... sama ada alasan sibuk...takut atau sebagainya sepatutnya x perlu ada dalam diri setiap individu yang sedar akan kepentingan menderma darah. Ok, bagi yang x pernah menderma darah...mari kita tengok apa prosedur2 yang akan kita lalui semasa hendak menderma darah:




1. Kita hendaklah mendaftar di kaunter pendaftaran terlebih dahulu

- disini kakitangan yang bertugas akan meminta kita mengisi borang soal selidik latar belakang kesihatan dan gaya hidup anda. Kemudian borang ini akan ditanda tangan dihadapan doktor yang memeriksa kita sebelum disahkan boleh menderma.




2. Berat, kandungan gula dan jenis darah diperiksa dan direkodkan. Berat badan hendaklah melebihi 45kg untuk menjadi penderma.




3. Selepas selesai perkara2 diatas, kakitangan yang bertugas akan menyerahkan sebuah buku berwarna merah utk dibawa setiap kali kita datang utk menderma.





Buku Catatan Penderma




4. Seterusnya kita akan dibawa berjumpa dengan doktor yan bertugas utk diperiksa tekanan darah dan di soal selidik secara ringkas. Jika tekanan darah normal (tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah) barulah anda disahkan boleh menderma darah dan diminta menanda tangan borang dihadapan doktor yang bertugas.






Bilik Prosuder untuk menderma darah.

Selesa dan dilengkapi dengan peralatan moden.




5. Anda akan dibawa masuk ke dalam bilik menderma darah dan prosuder dijalankan.....relaks x ada apa yang perlu ditakutkan...semua jururawat yang bertugas disini dah profesional! :)






Tengah menderma darah...cool je muka! :p





6. Selesai darah didermakan, anda biasanya diminta merehatkan diri beberapa ketika sebelum dijemput untuk menikmati jamuan ringan tanda perhargaan dan terima kasih diatas kesudian anda menderma darah.






Macam2 ada...mee goreng, pisang, biskut2, kek, sandwich

dan air milo...alhamdulillah lepas la lunch hari tu..:)





7. Cenderahati pun diberi, boleh la buat kenang2an! dah kenyang...boleh la balik. Sebelum tu jangan lupa FOLIC ACID dan FERROUS FUMARATE utk anda bawa pulang dan makan. Ianya utk mengalakkan pembinaan sel darah yang baru.





Mug ni kaca tau bukan plastik! :)



8. Anda kini seorang penderma darah dan telah membantu menyelamatkan nyawa mereka2 yang memerlukannya! Thumbs up untuk anda!!!! :D



InsyaAllah saya berazam akan meneruskan amalan sihat sepanjanghayat saya...saya nak contohi abg saya (mentor saya dlm menderma darah ni...huhu) yang dah 98kali menderma dah sejak umur dia awal 20-an kot sehingga kini...bestkan! :)



Mari kita semak keistimewaan yang bakal diperolehi oleh penderma darah:



1. 1 kali - percuma rawatan pesakit luar rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk tempoh 4 bulan



2. 2-5 kali - sama seperti (1) + percuma pelalian Hepatitis B



3. 6-10 kali - percuma rawatan pesakit luar utk 1 thn dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk 6 bln



4. 11-15 kali - percuma rawatan pesakit luar utk 2 thn dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk 1 thn





5. 16-20 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk 2 thn



6. 21-30 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 utk 3 thn




7. 31-40 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 utk 4 thn



8. 41-50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 utk 6 bln





9. Lebih 50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 utk 10 thn dan wad kelas 2 seumur hidup selepas 10 thn di wad kelas 1




fuyoooo....banyakkan keistimewaan...tapi ni semua x penting...yang penting kesedaran kita utk menderma...dan dapat membantu insan yang memerlukan...so apa lagi kawan2???




moh la kita!








~ Lisa Mohamed ~


















Sunday 17 October 2010

NEW PRODUCT!!!!!!!!

Salam sahabat2...

Hari ni aku nak introduce product terbaru aku...jeng jeng jeng...:)


KEK CHOC MOIST


Kek ni freshly homemade oleh aku...dibuat mengikut tarikh yang diorder...menggunakan resepi keluarga dan di olah dengan jayanya oleh aku untuk anda2 semua di luar sana...menggunakan bahan2 halal dan buatan malaysia...saiz kek 20cm diameter dengan ketebalan 2 inci...


Harga Normal RM 18.00

Harga Pengenalan rm15.00
(sehingga hujung oktober)


Kalau berminat boleh la sms / call

0133688799



*pick up point LRT Bukit Jalil
**order utk 2 biji ke atas percuma penghantaran sekitar KL, Lembah Kelang dan Putrajaya
***juga mengambil tempahan utk dijadikan hantaran dgn hiasan kotak yg menarik (harga lain)


Mari-mari sementara harga pengenalan...sebelum tuh kita jamu mata dulu dengan gambar2 KEK CHOC MOIST freshly baked from SUARASA HOMEMADE....tadaaa

20cm diameter large

2 inches thick

with moist choc topping + shredded choc deco

Selamat meng'order'!!!! :)

~Liza Mohamed~

Wednesday 13 October 2010

TEATER TUN MAHATIHR



Alhamdullilah rezeki aku untuk menonton Teater Muzikal Tun Mahathir ni...Bila tiba-tiba ada sahabat yang buat suprise dengan tiket utk show 27hb September 2010...hadiah harijadi katanye...hehehe thank u sooo much!!!!


Tiket (seat baeekkkk punyaa!!) :D

Ini bukan kali pertama aku menonton persembahan atau teater di Istana Budaya...tapi after a long break...last skali Teater Cuci The Musical kalo x silap..ni la baru berkesempatan menonton lagi...so excited jugak la..apatah lagi tiket tu hadiah besday..:D


Aku sampai tepat2 jam 845pm...jalan jam..biasa la hari kerja...nasib baik diaorang still kasi masuk...masuk je ke dalam IB teater pun start so...FOKUS!!! Keseluruhan teater boleh dibanggakan la...yang penting message tu sampai...


Time breaks 15mins


Tapi aku paling kagum dengan pengahayatan watak Tun Mahathir dewasa oleh Esma Daniel...superb la! Cara cakap, cara jalan, intonasi suara...sama! kalo kau pejam mata sambil dengar dia bercakap...mmg terbau-bau la Tun Mahathir...TAHNIAH aku ucapkan....Untuk watak Tun Siti Hasmah yang didukung oleh Erra Fazira...apa yang aku boleh komen...ok laaa.... penghayatan tu ada tapi..sekali sekala terkeluar juga 'style' erra fazira tuh...huhuhu





Secara keseluruhan aku berpuashati dan terhibur menonton...lepas menonton semangat kenegaraan dan kemelayuan tu semakin bertambah...bertambah salute dan kagum pada Tun Mahathir...thanks to the produksi dan org2 belakang tabir yang berusaha mengangkat naskah Kisah Tun Mahathir ni...
to TUN...u will alwayz be the BEST!!! :)


~Liza Mohamed~


Thursday 5 August 2010

Kueh...Kueh...Kueh...



Salam...

Yehaaaa....dengan rasminyer tempahan cookies Choc Chips aku telah dibuka hari ini...siapa2 yang berminat untuk order boleh la sms aku di 0133688799 atau email ke inbox facebook aku ok!...cepat2 jangan terlambat...:D Harganyer Masih lagi seperti tahun2 yang terdahulu iaitu


RM 28.00 untuk 100 pcs








~ Liza Mohamed ~

Wednesday 4 August 2010

Ramadhan Kini Tiba Lagi...




Salam...



Pejam celik pejam celik...x sedar kita dah hampir menyambut bulan Ramadhan...x sampai satu minggu lagi ni...emmm x sabarnyer nak menikmati saat berbuka puasa bersama keluarga dikampung...untuk entri kali ni aku nak cerita apa yang selalu aku dan famili nantikan bila menjelang ramadhan selain dari solat terawikh dan menikmati fadhilat2 lain.


Biasanyer bila ramadhan..kami ada signature menu utk dibuat dan dinikmati bersama...kata org kalo tahun tu x buat menu2 tersebut...mcm x lengkap la menu berbuka pada ramadhan kami tahun tuh...hahaha teruk betol...Biasanya kami sekeluarga akan bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa...baik perempuan, lelaki...yang tua dan yang muda semua masuk dapur menolong...


Bakar2 bahagian lelaki ye....:D



Cucu2 pun sibuk nak menolong....huhu



Biasanyer ayah akan sembelih beberapa ekor ayam belaan dia utk jadikan hidangan kami anak beranak...babak menyembelih ni of course la tugas kaum2 Adam...kami yang kaum2 Hawa ni jadi tukang sorak je la...hahahaha



Sembelih ayam...ayam belaan ayah...


Pasukan Sorak...hahahah



Antara menu2 signature kami adalah Roti Jala, Murtabak, Cucur Udang Kuah Kacang, Bergedil, Mee Jawa, Mee Siam, Cucur Badak dan Karipap...semua ni dimasak sendiri oleh mak dan dibantu oleh kami2 la...tapi semua menu ni bukan la kami buat sekaligus..biasanyer dibahagi2 la ikut hari...hehehe

Bergedil daging....hayooooo! :P~~



Cucur Udang Kuah Kacang (mak's expertise)


Kuih Cucur Badak



Kuah Mee Jawa ni isinye kerang... (mak's speciality)


* Roti Jala dan Mee Siam jugak mak's speciality...tapi x ada gambar...insyaAllah ramadhan tahun ni kami ambil gambar utk tatapan semua...hehehe



Air pulak biasanyer yang jadi tokey abang aku...dia mmg kontrak buat air dari dulu...mcm2 jenis air la dia buat...mengikut kekreatifan...paling sedap air bandung n air asam boi dia...wallah! Lagi satu yang menjadi kewajipan ialah Cendol...ayah aku dulu kecik2 biasa meniaga cendol kat kampung...dulu masa kami kecik2...bila nak makan cendol mesti ayah buat sendiri...cendol buatan ayah sedap...maksud aku cendol (yang panjang2 warna hijau) itu yg ayah buat sendiri...then baru dia campurkan dgn santan dan gula merah...terror kan..:D tapi sekarang x la...hehehe mak beli je kat pasar then balik umah bancuh...siap utk dinikmati!



Air bandung sodappp...



Macam kenduri....:)


Juadah berbuka untuk di nikmati bersama-sama



Biasanyer lepas balik solat terawikh...kami ada sessi ulang tayang...makan lagi laaaa....hahahaha pastu baru la layan bunga api dan mercun...sambil borak2 seisi keluarga kat veranda umah....i really miss it...x sabar2 ni nak balik hujung minggu pertama ramadhan nnt...

Di sini, aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan2 semua...aku dengan rendah hati dan rasa penuh ikhlas, ingin memohon maaf atas salah silap perbuatan dan tutur kata selama ini...semoga kita dapat lebih menghayati ramadhan kali ini dan menikmati dgn sesungguhnya dan sepuasnya nikmat ramadhan yang Allah telah janjikan..insyaAllah...





* creadit to Nor Yusmirdah Mohamed for the photos



~ Liza Mohamed ~

Thursday 29 July 2010

I Love my D.D.U.A.A

my D.D.U.A.A

Mesti korang tertanya-tanyakan...apa D.D.U.A.A tu atau dalam version lain aku slalu tulis Double D, Single U and Double A....hehehe tu nama-nama anak2 buah aku yang aku sayang sangat-sangat....Meh aku cite satu2 pasal diaorg ni...di sebabkan entri aku ni susunannyer D.D.U.A.A...aku akan kenalkan ikut susunan tu la eh....



Dura Batrisya


D yang pertama untuk Dura Batrisya...puteri sulung adik aku Mir...umur dia sekarang 7 tahun...darjah satu la ni...tembam macam acik dia...suka makan...kalo ayam goreng tuh mmg fav dia la...tapi durian dia mmg alergi...Batrisya (nama panggilan dia) ni banyak mulut juga...biasa la mewarisi gen nenek nah dia(mak aku) dan gen aku jugak agaknyer...ada je benda yang nak dia bualkan....dia ni cute sebenarnyer tapi biasalah...x tau nak jaga ke'cute'an...hahaha aku suka cium dia sbb pipi dia tembam dan lembab...tp batrisya ni jenis yg kreatif dan berani...sbb tu dah brape musim tom tom bak muka dia mesti ada enterframe....apa yg buat aku slalu rindu kat dia ni....mulut dia yg pot pet pot pet tuh n muka bengang dia bila aku usik dia 'princess ikan buntal'......hehehehehe (saje je bakar line...)



Dura Rafhana

D yang kedua untuk Dura Rafhana...aduiiii si kecik ni yg paling muda dalam 5 org anak buah aku ni...puteri kedua adik aku Mir....baru 3tahun lebih...tp boleh tahan jugak keletah dia ni....kalo mood dia baik...dapat la cium....kalo mood x baik jangan harap la....hehehe x padan yg kecik...makan kuat...tp tgk mood jugak...kalo mood nak makan ayam seketul n burger pun boleh abis...ish ish....kalo mengamuk bagi kat dia....selagi x puashati selagi tu la dia meraung....tapi yang slalu buat aku rindu tu bila dengar dia nyanyi dan baca doa2 yg di belajar kat taska...anak2 buah yg lain pun pandai baca doa2 tu tapi bila Rafhana baca lembut je bunyi nyer....(maybe sbb dia masih kecil....so mcm touching je bila dgr dia baca...)



Umar Lutfi


U yang satu ni untuk anak buah aku Umar Lutfi...umur baru 5 tahun....putera tunggal abang aku Nazley...hah mamat ni lain ckit...dia ada anak2 ikan dia...org kg aku kata terkilan2...hahaha kalo dtg dia nak peluk2 aku...x yah suruh dia dtg sendiri n peluk2....kalo dtg mood dia x nak...jangan harap la nak dpt peluk dia..kalo nak cium dia kena pastikan muka kita x berpeluh2..kalo x nnt mesti dia bising...'eeiiii acik ni...poloh2....' keh keh keh....mamat ni pun jenis tertelan ipod mcm nenek nah dia...kalo sepanjang jalan dlm kereta tu ada je dia nak cakap dan ulas...kalo senyap pun sama ada dia tido atau merajuk...hahaha tp apa yang buat aku slalu rindu kat dia ni...cakap dia yang gagap2 tu (terutama time tgh excited nak cite...sampai nak telan air liur pun x sempat..hahaha) dan bila dengar dia bahasakan diri dia 'saya' pada kita...:D



Muhammad Ayman


A yang pertama ni pulak untuk Hero saya Ayman...dia putera sulung kakak saya Nor...mamat ni tahun ni dah 9tahun...dah nak bujang dah...hehehe kalo main PSP bagi la kat dia...sampai juling bijik mata...nasib baik weekend je boleh main...kalo x, x tau la...Ayman ni adventurous jugak budaknye...bola,swimming n taekwando fav dia la...dulu aku mmg selalu peluk2 n cium dia...tapi sekarang kalo depan org dia x bagi...'no x boleh...ada ramai org...' hahahaha malu la konon...tp kalo cuma kami sefamili je dia ok...hahaha kalu aku lama x dtg jumpa dia...bila jumpa mesti dia tengok je muka aku (mengadap...tenung....) bila aku tanya..kenapa? ayman rindu kat acik eh...mesti dia angguk pelan2...tp sbb dia dah makin besar dia malu la kot nak cakap dia rindu...apa yang slalu buat aku rindu kat mamat Ayman ni...bila dia merajuk kat aku...mesti dia duduk sorang2 pastu nangis....(biasanye bila aku marah dia la....) dia x melawan....tapi diam2 sebak sendiri2...huhu tapi pas aku pujuk ok la....lai satu bila aku tido bilik dia...aku slalu terjaga sbb dgr dia mengigau cakap sorang2...hahahha kelakar gilerrrr......

Muhammad Aydin

A yang kedua ni untuk plastic man aku...hahahah tu gelaran aku pada Aydin sbb badan dia ni mmg flexible...kdg2 rasa mcm nak terbelit2..huhu...ni putera kedua kakak aku...umur dah 6 tahun...tp badan cekeding abis....kalo ckp 4 tahun pun org percaya....hahaha kalo bukak baju...nampak la gitar dia....mamat ni rambut dia special ckit....sebijik copyright nenek nah dia...curly2...Aydin ni bestfriend dgn Umar...kalo berjumpa....aduh hiruk pikuk....dalam ramai2 Aydin n yang paling senang nak cium...panggil je mesti datang...kadang2 siap terbang lai ke pelukan kita...hahaha nasib baik cekeding...kalo x sesak nafas jugak la....apa yang selalu buat aku rindu kat dia ni...bila dgr dia ketawa...ada lain ckit...macam mengigil2....hahahaha pastu suara dia yg serak2 basah tuh....mmg terngiang2 la kat telinga...:)

Umar & Aydin....best friend abis!!!


Ayman & Batrisya...cool jer!



Rafhana ni kesayangan Umar....:)


my Beloved...

(sila abaikan costume saya dlm gambar ni...saya hanya mengikut konsep majlis...hehehe)

Itu lah cerita 5 org anak2 buah kesayangan aku...x tahu la mcm ne kalo esok2 aku duduk jauh dr diaorg n cuma jumpa 2-3 bulan sekali...dulu pernah aku kerja dgn satu company ni yg mengkehendaki aku outstesen sampai berminggu ke luar kawasan...perkara pertama yg aku rindu sgt2 ialah keletah diaorg berlima ni...aku harap diaorang sedar yang aku sememangnyer sayang sgt2 kat diaorg..kalo aku marah pun...x ada niat lain...hanya utk lihat diaorg jadi insan yang baik dimasa depan...(tapi aku jarang marah diaorg pun...hihihi)...moga bila aku dah tua nnt diaorang x lupa aku dan selalu jenguk2 aku....D.D.U.A.A...acik sentiasa doakan kebaikan dunia dan akhirat utk korang...andai satu hari nanti korang dah pandai baca blog acik ni...acik nak korang semua tahu....korang la perkara yang paling indah dalam hidup acik...LOVE u all LOADS!



~ acik Liza ~

Monday 26 July 2010

2 Bulan Sudah Berlalu....Aku Kini Kembali Sihat!! Alhamdullillah...

Assalamualaikum semua....(cheh mcm la ramai yg baca blog aku nih..huhu) semoga hari anda hari ini semuanya ceria dan menggembirakan...Alhamdullilah hari ini 28hb Julai 2010..genaplah 2bulan aku keluar dari Hospital selepas keluar masuk hampir 2minggu...Pertama kali aku dimasukkan ke wad perubatan Hospital Putrajaya ialah pada 3hb mei 2010...right after aku balik dari uk...keadaan aku masa tu agak teruk la...dengan dua2 belah kaki aku mengalami pembengkakan dari peha sampai kebawah....perjalanan selama 13jam dari London ke kuala lumpur sungguh mengazabkan bagi aku...menangis2 aku dibuatnyer...nasib baik mak n ayah ada tolong sapukan minyak sambil dibantu oleh kabin crew Airasia...sampai je airport aku ditolak naik kerusi roda then terus dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya...Aku admitted malam tu juga di wad perubatan 4B atas masalah pembengkakan jantung...bermula la episod lara aku.....

Hari pertama aku di wad...aku melalui beberapa prosedur untuk mengenal pasti punca sebenar penyakit aku...aku menjalani chest x-ray, E.C.G dan ultrasound jantung pada sebelah pagi....Sebelah petangnyer aku menjalani x-ray bahagian kaki aku yg bengkak juga ultrasound utk memastikan sama ada pembengkakan pada kaki aku tu adalah disebabkan oleh air semata-mata atau terdapat 'blood clot' yang menyebabkan Deep Venous Thrombosis (DVT) dimana darah menyumbatkan salur2 darah dibahagian tertentu termasuk kaki sehingga menyebabkan pembengkakan dan kesakitan.


Keadaan fizikal aku yang bengkak air semasa di UK, perut aku membuncit dan kaki membengkak.

Syukur alhamdullilah dari pemeriksaan tersebut doktor sahkan aku x mengalami DVT...cuma doktor mengesahkan pembengkakan pada bahagian kaki aku tu adalah disebabkan oleh 'water retention' yang disebabkan oleh masalah jantung aku...Jantung aku didapati membengkak dan bersaiz abnormal disebabkan kerja keras untuk mengepam darah, cecair dan oksigen keseluruh badan. Jantung aku terpaksa bekerja keras 2kali ganda memandangkan keadaan tubuh aku yang 'obesiti'....lama kelamaan otot jantung aku jadi membesar dan mengeras...akhirnya lemah dan membengkak...kesannyer air terkandung dan mengalir masuk ke dalam tisu2 badan aku....menyebabkan pembengkakan di kaki dan perut aku jadi semakin buncit....penafasan aku juga sangat terganggu....arggghhh ngerinya bila bayangkan....


Katil aku di wad perubatan 4B Hospital Putrajaya



Muka orang sakit...apa pun senyum tu penting...:)



Hari ke-2, hari yang getir bagi aku...12 kali tangan aku kiri dan kanan di cucuk untuk mendapatkan sample darah dari arteri (darah yang mengandungi oksigen...warna nya lebih cerah dari warna darah biasa dan lebih fresh....) sakitnye Allah je la yang tahu...saat dicucuk tu mmg dah sakit sbb diaorg akan cucuk dibahagian yg ada denyutan nadi...bila nak sedut darah tu pun lagi double sakit....x mcm amik darah biasa...yang tuh aku mmg ok je x ada masalah...kalo sakit pun sikit jer...ini dah la ambil skali mmg sakit..inikan pulak 12 kali....tanpa aku sedar...aku menangis sendiri...doktor tu jadi panik terus dia stop..hah baru tauuu!!! nasib aku x karate...huhu tapi best pastu kawan2 aku dtg reramai melawat aku...siap bawak mi hun kegemaran aku lai...:)




Mi hun sedap ni dimasak oleh Is (kawan aku dr penang) skrg dah jadi chef!


Kawan2 aku yang nakal2 tapi menghiburkan...hihi



3hari diwad aku diberi suntikan bagi menggalakkan pembuangan air yg lebih kerap...aku x dibenarkan minum air berlebih-lebihan...water in n out aku disukat dan dikawal...pernafasan aku bertambah baik...tp bengkak dikaki masih belum surut....6hb Mei aku dibenarkan keluar dgn diberi bekalan satu beg penuh ubat-ubatan serta mc sehingga 10hb....punya la heppinyer aku...maklumlah bosan duduk hospital lama2...




Hari pertama selepas aku keluar dari Hospital Putrajaya, kaki aku aku masih membengkak...terukkan rupanyer...sakit dan bisa2...


Malangnyer 2hari aku dirumah...kaki aku semakin membengkak kembali dan jadi bisa2...nafas pun kembali x teratur dan aku mengambil keputusan untuk ke unit kecemasan Hospital Putrajaya...Sekali lagi aku ditahan dan dimasukkan kembali ke wad perubatan 4B tu...aduhai.....Rawatannyer masih sama...Doktor Pakar di Hospital Putrajaya melihat masalah jantung aku ini dari aspek obesiti...dan menurut doktor jantung aku boleh kembali normal kalo aku berjaya menurunkan berat badan aku sedikit demi sedikit...so tiada rawatan yang selebihnyer untuk membantu mengurangkan sakit akibat 'water retention' yang aku alami waktu itu selain dr memberi aku suntikan pengalakkan pembuangan air....stressnyer aku....3hari aku dirawat utk kali kedua di Hospital Putrajaya...Bos dan rakan sekerja, keluarga dan teman2 lain silih berganti dtg melawat...thanks to all...at least kurang la ckit rasa sakit aku tu....


Ni Trexie dan Anton...2 patung harimau dari kawan aku O.D..:)



Ni dari CD and Salmie...:)

Setelah berhari2 makan nasik hospital..ni lauk sardine dgn nasik putih...Acap masak utk aku...sedap!!! :)

Aku discharge pada petang 12hb Mei tersebut dan diberi mc sehingga 18hb Mei...Aku terus pulang ke kampung di Melaka untuk berehat. Sebab aku masih belum pulih 100% dari masalah kaki ku yang bengkak tu...Aku terpaksa mengawal kuantiti air yg boleh diminum dlm satu hari iaitu 1.5liter sahaja....seksanyer sbb aku ni jenis yg kuat minum air...tapi utk kesihatan aku gigihkan juga...


Hari ke 8 aku berehat dikampung...aku rasa susah nak bernafas kembali...sementara kaki aku masih membengkak (mungkin kurang sedikit dari asal...tapi masih membengkak lagi..). Malam tu mak n ayah aku ke masjid ada tahlil dan ceramah...sebelum diaorang pergi aku sempat pesan minta diaorg balik awal sbb aku rasa susah bernafas kembali dan nak ke hospital hospital alor gajah utk dptkan nebulizer...


3 jam menunggu mak n ayah balik aku rasa mcm 30 jam...dengan susah nak bernafas dan bergerak...hujan pulak turun mencurah2...siapa dengan kilat sambung menyambung...2 kali umah aku black out...bayangkan aku dlm keadaan yg susah nak bergerak dan nafas putus2 tu kena keluar ke hall utk switch on balik plug...arggghhhh dugaan....Bila balik je mak n ayah...tanpa berlengah lai diaorg terus bawak aku ke Hospital Alor Gajah...kat sana aku terus di beri rawatan kecemasan sbb waktu tu doktor tengok kandungan oksigen dlm badan aku cuma 35% sahaja...sgt2 low berbanding dgn keadaan normal..aku di x-ray dan dibuat E.C.G skali lagi disamping diberi suntikan penggalak buang air...akhirnya doktor ambil keputusan utk untuk menghantar aku ke Hospital Besar Melaka memandangkan keadaan aku agak serius waktu itu dimana paru2 aku sudah dimasuki sedikit air...


Aku dibawa ke Hospital Besar Melaka dengan menaiki ambulan...ni la kali pertama aku naik ambulan dalam 33 tahun umur aku....mula2 aku berdegil x nak...bila doktor n nurse pujuk aku dan beritahu kenapa aku perlu dihantar dengan ambulan instead naik kete ayah aku...baru la aku mengalah...sepanjang perjalanan tu...aku rasa letih sgt...aku lelapkan mata tapi nurse yang temankan aku dlm ambulan tu tepuk2 aku x kasi aku tido...dia kata 'cik jangan tidur...buka mata dan cakap2 dengan saya'...


Sampai di Hospital Besar Melaka aku di bawa ke unit kecemasan...dan sekali lagi di x-ray dan dibuat E.C.G...adeh la....5 jam aku kat unit kecemasan baru la aku di tolak masuk ke CCU (Unit Rawatan Rapi Jantung) waktu tu jam dah dekat pukul 530 am...sian mak dan ayah aku menunggu tersengguk2....sampai je kat wad... aku terasa nak buang air sangat2...aku tanya nurse...rupa2nyer CCU ni x ada toilet dan semua kerja2 perkumuhan dan pembersihan hanya dibuat diatas katil...sbb diaorg x nak berlaku apa2 pada pesakit...punya la aku stress...maklum lah aku x pernah ada pengalaman ber'toilet' diatas katil....argggghhhhhhhhh


Mesin BiPAP (Bilevel Positive Airway Pressure) untuk bantuan oksigen kat aku


Di CCU aku diberi BiPAP (alat bantuan pernafasan yang macam belalai gajah tu...) kerana kandungan oksigen aku yg sgt rendah waktu tu....wayar2 E.C.G berselirat satu badan aku...termasuk la wayar SPO2 machine yang dikepit di ibu jari...rimasnyerrr....tapi hari pertama aku di CCU...aku sangat lemah....hampir 3/4 dari hari tu aku tidur...sampai nurse dtg n kejutkan aku...supaya aku jangan terus tido....


Mesin ECG (Electrocardiogram) untuk monitor jantung aku


Alat SPO2 (Blood Oxygen Saturation) untuk mengukur kandungan oksigen dalam badan aku..


Hari kedua di CCU...doktor pakar untuk pernafasan dr ICU suggestkan kaki aku di pakaikan dgn mesin terapi elektrik untuk mengekalkan peredaran darah pada bahagian kaki aku...agar aku x mengalami masalah lain yg disebabkan terlantar lama diatas katil....bertambah la lagi mesin yg dipasang di badan aku....maaf lah aku x teringat langsung nak ambil gambar sbb keadaan aku masa tuh...emmmm...lagi pun hp x dibenarkan di CCU...tapi korang pun pasti dapat bayangkan mcm ne la rupa aku waktu tu dgn wayar dari 4 mesin2 ni bersenggayut kat badan aku...:(



Mesin DVT (Deep Vein Thrombosis) untuk mengekalkan aliran darah ke bahagian kaki aku...

4 hari aku di CCU...keadaan jantung dan pernafasan aku semakin baik...kaki aku pun dah beransur pulih dari bengkak...tapi doktor masih x benarkan aku discharge dari Hospital...aku cuma di pindahkan ke wad biasa sambil terus di monitor....di wad biasa pulak aku suffer dgn keadaan yang panas dan pack...walaupun aku entitled untuk duduk wad 2nd class...tapi memandangkan pesakit terlalu ramai...aku terpaksa duduk di wad x tau la kelas brape...mula2 aku stress gak...bila mak ayah dtg aku sedih2 cite keadaan wad yg x selesa...tapi nasib baik aku dpt doktor yang baik dan lembut tutur katanya...chewahhh...hihi dia kata 'akak sabar ye...nnt kalau ada bilik aircond kami pindahkan akak ok?'....sejuk hati aku..hahahaha


Hari-hari seterusnya aku di wad biasa...keadaan aku semakin baik...tapi air tetap di sekat iaitu 1liter sahaja sehari...adeh... 2 malam di wad biasa aku dipindahkan ke bilik aircond...bestnyer...kesihatan aku pun dah semakin ok...hp pun dah boleh guna...cuma kena sabar ckit la sbb malam pertama di bilik aircond...ada pesakit baru masuk dikatil sebelah aku...nenek ni dah sakit kronik dan dia asyik menjerit2 minta tolong sbb sakit...aku kesian tgk dia...husband dia x leh jaga sbb ni wad pompuan..anak pompuan dia plak dtg kejap je...alasan dia anak dia kat umah x ada org nak jaga....semalaman kami dlm bilik tu x leh tido..tp nak buat mcm ne..kena ikhlas la sbb nenek tu mmg sakit sangat...esoknyer dia dihantar ke ICU...aku plak semakin betah sbb dah ada ramai kawan2 kat dlm bilik tu...tapi hari2 pun aku asyik tanya doktor bila boleh balik..sbb aku rindukan rumah dan kehidupan normal aku....doktor cakap aku kena lengkapkan 7 dose antibiotik yang diberi...

Hari ke-7, branula (jarum yg dicucuk utk masukkan ubat/air) yang ada di lengan aku dah x boleh blah dah...nak masukkan ubat pun dah x boleh...sakit...urat bahagian tu dah burn...so doktor kena cucuk branula baru...untuk lengkapkan 7 dose antibiotik aku tuh...tinggal satu dose je lai..pastu aku dah boleh balik....malangnyer 2 kali doktor try x boleh masuk plak branula tuh...arggghhhhh....so aku terpaksa la tunggu lai satu hari untuk dapatkan cucukan branula baru dan 1 dose balance antibiotik tuh....x pe la...boleh cuci mata lai kat doktor aku yg macho n baik tuh...ngeh ngeh ngeh....

Dr. Ashraf Anuwar yang merawat aku di Hospital Besar Melaka ;)


Esoknyer 28hb Mei 2010 (hari ke-8 di Hospital Besar Melaka) aku dibenarkan keluar....dengan beberapa temujanji susulan utk memastikan keadaan aku benar2 pulih...Alhamdulillah aku semakin bertambah sihat...aku habiskan cuti sakit aku dengan berehat di kampung...tanpa aku sedar...bila dihitung2 hampir 7 minggu aku meninggalkan ofis...2 minggu sewaktu ke UK dan 5 minggu kerana masuk hospital dan cuti sakit...aku rindu nak kembali berkerja..aku rindu nak jumpa2 teman2 aku di kl...aku rindu dgn kehidupan asal aku...



6 hb Jun 2010 aku kembali bekerja...aku terus mengekalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang sihat dan sentiasa cuba mengawal stress...sbb doktor ada pesan...perkara yang penting bagi pesakit jantung macam aku ni ialah pandai menangani stress dan sentiasa berfikiran positif...Aku akan pastikan satu hari nanti...keadaan jantung aku akan kembali normal dan aku x sakit2 lagi...InsyaAllah...sesungguhnyer semua yang berlaku ini adalah ujian Allah untuk aku dan keluarga...juga menguji kesabaran aku dan keimanan aku pada Allah...



Bulan pertama aku kena makan 7 jenis ubat...now cuma perlu makan 5 jenis ubat je :)

Konsekuan dari masalah kesihatan aku dulu telah menjejaskan beberapa perkara di ofis...1 bulan setengah gaji aku telah di potong kerana cuti sakit dan cuti rehat aku yang terlalu panjang. Bagaimanapun aku berpuashati dengan penerangan dari pihak pengurusan bahawa cuti rehat dan cuti sakit aku diberi secara berkala mengikut kontrak yang telah aku tanda tangani...walaupun pada mulanya aku sedikit down tapi suntikan semangat dari keluarga dan kawan-kawan yang prihatin membuat aku redha dan menganggap pendapatan aku untuk 1 bulan setengah yang telah di potong itu bukan tertulis sebagai rezki aku...


Apa yang penting...kesihatan aku sudah semakin baik...aku tidak lagi mengalami gangguan tidur pada waktu malam (Sleep Apnea Sydrome)...tidur aku lebih nyenyak...aku tidak lagi mengalami kesukaran bernafas dan masalah perut yang mengeras (cramp)...aku x lagi mengalami masalah 'shut down' (tertido tanpa disedari) di ofis maupun waktu memandu (sehingga kemalangan...sila baca entri aku yg terdahulu)....kaki aku x bengkak lagi serta penyakit ashtma aku pun dah x menyerang lagi...berat badan aku juga dah menurun sebanyak 25kg dari dulu...yang nyata kehidupan aku semakin aktif dan sudah kembali seperti beberapa tahun sebelum ini...Alhamdullilah!


Gambar terbaru aku (baru snap hari ni...sila abaikan air milo kat sebelah tu k...huhu) ceria kan?hehehehe ;D



Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sama-sama membantu aku dan mendoakan aku segera sembuh. Mereka2 yang x henti2 memberi aku semangat untuk terus tabah menghadapi dugaan ini....terima kasih buat keprihatinan dan bantuan korang...Juga kepada keluarga aku terutama mak n ayah yang berminggu-minggu menjaga aku tanpa mengeluh...x terbalas budi kalian!! dan buat mereka2 yang masih belum sedar akan pentingnya kesihatan diri...masih belum terlambat utk korang mengubah cara hidup ke arah yang lebih baik...InsyaAllah!







~ Liza Mohamed ~