Assalamualaikum semua....(cheh mcm la ramai yg baca blog aku nih..huhu) semoga hari anda hari ini semuanya ceria dan menggembirakan...Alhamdullilah hari ini 28hb Julai 2010..genaplah 2bulan aku keluar dari Hospital selepas keluar masuk hampir 2minggu...Pertama kali aku dimasukkan ke wad perubatan Hospital Putrajaya ialah pada 3hb mei 2010...right after aku balik dari uk...keadaan aku masa tu agak teruk la...dengan dua2 belah kaki aku mengalami pembengkakan dari peha sampai kebawah....perjalanan selama 13jam dari London ke kuala lumpur sungguh mengazabkan bagi aku...menangis2 aku dibuatnyer...nasib baik mak n ayah ada tolong sapukan minyak sambil dibantu oleh kabin crew Airasia...sampai je airport aku ditolak naik kerusi roda then terus dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya...Aku admitted malam tu juga di wad perubatan 4B atas masalah pembengkakan jantung...bermula la episod lara aku.....
Hari pertama aku di wad...aku melalui beberapa prosedur untuk mengenal pasti punca sebenar penyakit aku...aku menjalani chest x-ray, E.C.G dan ultrasound jantung pada sebelah pagi....Sebelah petangnyer aku menjalani x-ray bahagian kaki aku yg bengkak juga ultrasound utk memastikan sama ada pembengkakan pada kaki aku tu adalah disebabkan oleh air semata-mata atau terdapat 'blood clot' yang menyebabkan Deep Venous Thrombosis (DVT) dimana darah menyumbatkan salur2 darah dibahagian tertentu termasuk kaki sehingga menyebabkan pembengkakan dan kesakitan.
Keadaan fizikal aku yang bengkak air semasa di UK, perut aku membuncit dan kaki membengkak.
Syukur alhamdullilah dari pemeriksaan tersebut doktor sahkan aku x mengalami DVT...cuma doktor mengesahkan pembengkakan pada bahagian kaki aku tu adalah disebabkan oleh 'water retention' yang disebabkan oleh masalah jantung aku...Jantung aku didapati membengkak dan bersaiz abnormal disebabkan kerja keras untuk mengepam darah, cecair dan oksigen keseluruh badan. Jantung aku terpaksa bekerja keras 2kali ganda memandangkan keadaan tubuh aku yang 'obesiti'....lama kelamaan otot jantung aku jadi membesar dan mengeras...akhirnya lemah dan membengkak...kesannyer air terkandung dan mengalir masuk ke dalam tisu2 badan aku....menyebabkan pembengkakan di kaki dan perut aku jadi semakin buncit....penafasan aku juga sangat terganggu....arggghhh ngerinya bila bayangkan....
Katil aku di wad perubatan 4B Hospital Putrajaya
Muka orang sakit...apa pun senyum tu penting...:)
Hari ke-2, hari yang getir bagi aku...12 kali tangan aku kiri dan kanan di cucuk untuk mendapatkan sample darah dari arteri (darah yang mengandungi oksigen...warna nya lebih cerah dari warna darah biasa dan lebih fresh....) sakitnye Allah je la yang tahu...saat dicucuk tu mmg dah sakit sbb diaorg akan cucuk dibahagian yg ada denyutan nadi...bila nak sedut darah tu pun lagi double sakit....x mcm amik darah biasa...yang tuh aku mmg ok je x ada masalah...kalo sakit pun sikit jer...ini dah la ambil skali mmg sakit..inikan pulak 12 kali....tanpa aku sedar...aku menangis sendiri...doktor tu jadi panik terus dia stop..hah baru tauuu!!! nasib aku x karate...huhu tapi best pastu kawan2 aku dtg reramai melawat aku...siap bawak mi hun kegemaran aku lai...:)
Mi hun sedap ni dimasak oleh Is (kawan aku dr penang) skrg dah jadi chef!
Kawan2 aku yang nakal2 tapi menghiburkan...hihi
3hari diwad aku diberi suntikan bagi menggalakkan pembuangan air yg lebih kerap...aku x dibenarkan minum air berlebih-lebihan...water in n out aku disukat dan dikawal...pernafasan aku bertambah baik...tp bengkak dikaki masih belum surut....6hb Mei aku dibenarkan keluar dgn diberi bekalan satu beg penuh ubat-ubatan serta mc sehingga 10hb....punya la heppinyer aku...maklumlah bosan duduk hospital lama2...
Hari pertama selepas aku keluar dari Hospital Putrajaya, kaki aku aku masih membengkak...terukkan rupanyer...sakit dan bisa2...
Malangnyer 2hari aku dirumah...kaki aku semakin membengkak kembali dan jadi bisa2...nafas pun kembali x teratur dan aku mengambil keputusan untuk ke unit kecemasan Hospital Putrajaya...Sekali lagi aku ditahan dan dimasukkan kembali ke wad perubatan 4B tu...aduhai.....Rawatannyer masih sama...Doktor Pakar di Hospital Putrajaya melihat masalah jantung aku ini dari aspek obesiti...dan menurut doktor jantung aku boleh kembali normal kalo aku berjaya menurunkan berat badan aku sedikit demi sedikit...so tiada rawatan yang selebihnyer untuk membantu mengurangkan sakit akibat 'water retention' yang aku alami waktu itu selain dr memberi aku suntikan pengalakkan pembuangan air....stressnyer aku....3hari aku dirawat utk kali kedua di Hospital Putrajaya...Bos dan rakan sekerja, keluarga dan teman2 lain silih berganti dtg melawat...thanks to all...at least kurang la ckit rasa sakit aku tu....
Ni Trexie dan Anton...2 patung harimau dari kawan aku O.D..:)
Ni dari CD and Salmie...:)
Setelah berhari2 makan nasik hospital..ni lauk sardine dgn nasik putih...Acap masak utk aku...sedap!!! :)
Aku discharge pada petang 12hb Mei tersebut dan diberi mc sehingga 18hb Mei...Aku terus pulang ke kampung di Melaka untuk berehat. Sebab aku masih belum pulih 100% dari masalah kaki ku yang bengkak tu...Aku terpaksa mengawal kuantiti air yg boleh diminum dlm satu hari iaitu 1.5liter sahaja....seksanyer sbb aku ni jenis yg kuat minum air...tapi utk kesihatan aku gigihkan juga...
Hari ke 8 aku berehat dikampung...aku rasa susah nak bernafas kembali...sementara kaki aku masih membengkak (mungkin kurang sedikit dari asal...tapi masih membengkak lagi..). Malam tu mak n ayah aku ke masjid ada tahlil dan ceramah...sebelum diaorang pergi aku sempat pesan minta diaorg balik awal sbb aku rasa susah bernafas kembali dan nak ke hospital hospital alor gajah utk dptkan nebulizer...
3 jam menunggu mak n ayah balik aku rasa mcm 30 jam...dengan susah nak bernafas dan bergerak...hujan pulak turun mencurah2...siapa dengan kilat sambung menyambung...2 kali umah aku black out...bayangkan aku dlm keadaan yg susah nak bergerak dan nafas putus2 tu kena keluar ke hall utk switch on balik plug...arggghhhh dugaan....Bila balik je mak n ayah...tanpa berlengah lai diaorg terus bawak aku ke Hospital Alor Gajah...kat sana aku terus di beri rawatan kecemasan sbb waktu tu doktor tengok kandungan oksigen dlm badan aku cuma 35% sahaja...sgt2 low berbanding dgn keadaan normal..aku di x-ray dan dibuat E.C.G skali lagi disamping diberi suntikan penggalak buang air...akhirnya doktor ambil keputusan utk untuk menghantar aku ke Hospital Besar Melaka memandangkan keadaan aku agak serius waktu itu dimana paru2 aku sudah dimasuki sedikit air...
Aku dibawa ke Hospital Besar Melaka dengan menaiki ambulan...ni la kali pertama aku naik ambulan dalam 33 tahun umur aku....mula2 aku berdegil x nak...bila doktor n nurse pujuk aku dan beritahu kenapa aku perlu dihantar dengan ambulan instead naik kete ayah aku...baru la aku mengalah...sepanjang perjalanan tu...aku rasa letih sgt...aku lelapkan mata tapi nurse yang temankan aku dlm ambulan tu tepuk2 aku x kasi aku tido...dia kata 'cik jangan tidur...buka mata dan cakap2 dengan saya'...
Sampai di Hospital Besar Melaka aku di bawa ke unit kecemasan...dan sekali lagi di x-ray dan dibuat E.C.G...adeh la....5 jam aku kat unit kecemasan baru la aku di tolak masuk ke CCU (Unit Rawatan Rapi Jantung) waktu tu jam dah dekat pukul 530 am...sian mak dan ayah aku menunggu tersengguk2....sampai je kat wad... aku terasa nak buang air sangat2...aku tanya nurse...rupa2nyer CCU ni x ada toilet dan semua kerja2 perkumuhan dan pembersihan hanya dibuat diatas katil...sbb diaorg x nak berlaku apa2 pada pesakit...punya la aku stress...maklum lah aku x pernah ada pengalaman ber'toilet' diatas katil....argggghhhhhhhhh
Mesin BiPAP (Bilevel Positive Airway Pressure) untuk bantuan oksigen kat aku
Di CCU aku diberi BiPAP (alat bantuan pernafasan yang macam belalai gajah tu...) kerana kandungan oksigen aku yg sgt rendah waktu tu....wayar2 E.C.G berselirat satu badan aku...termasuk la wayar SPO2 machine yang dikepit di ibu jari...rimasnyerrr....tapi hari pertama aku di CCU...aku sangat lemah....hampir 3/4 dari hari tu aku tidur...sampai nurse dtg n kejutkan aku...supaya aku jangan terus tido....
Mesin ECG (Electrocardiogram) untuk monitor jantung aku
Alat SPO2 (Blood Oxygen Saturation) untuk mengukur kandungan oksigen dalam badan aku..
Hari kedua di CCU...doktor pakar untuk pernafasan dr ICU suggestkan kaki aku di pakaikan dgn mesin terapi elektrik untuk mengekalkan peredaran darah pada bahagian kaki aku...agar aku x mengalami masalah lain yg disebabkan terlantar lama diatas katil....bertambah la lagi mesin yg dipasang di badan aku....maaf lah aku x teringat langsung nak ambil gambar sbb keadaan aku masa tuh...emmmm...lagi pun hp x dibenarkan di CCU...tapi korang pun pasti dapat bayangkan mcm ne la rupa aku waktu tu dgn wayar dari 4 mesin2 ni bersenggayut kat badan aku...:(
Mesin DVT (Deep Vein Thrombosis) untuk mengekalkan aliran darah ke bahagian kaki aku...
4 hari aku di CCU...keadaan jantung dan pernafasan aku semakin baik...kaki aku pun dah beransur pulih dari bengkak...tapi doktor masih x benarkan aku discharge dari Hospital...aku cuma di pindahkan ke wad biasa sambil terus di monitor....di wad biasa pulak aku suffer dgn keadaan yang panas dan pack...walaupun aku entitled untuk duduk wad 2nd class...tapi memandangkan pesakit terlalu ramai...aku terpaksa duduk di wad x tau la kelas brape...mula2 aku stress gak...bila mak ayah dtg aku sedih2 cite keadaan wad yg x selesa...tapi nasib baik aku dpt doktor yang baik dan lembut tutur katanya...chewahhh...hihi dia kata 'akak sabar ye...nnt kalau ada bilik aircond kami pindahkan akak ok?'....sejuk hati aku..hahahaha
Hari-hari seterusnya aku di wad biasa...keadaan aku semakin baik...tapi air tetap di sekat iaitu 1liter sahaja sehari...adeh... 2 malam di wad biasa aku dipindahkan ke bilik aircond...bestnyer...kesihatan aku pun dah semakin ok...hp pun dah boleh guna...cuma kena sabar ckit la sbb malam pertama di bilik aircond...ada pesakit baru masuk dikatil sebelah aku...nenek ni dah sakit kronik dan dia asyik menjerit2 minta tolong sbb sakit...aku kesian tgk dia...husband dia x leh jaga sbb ni wad pompuan..anak pompuan dia plak dtg kejap je...alasan dia anak dia kat umah x ada org nak jaga....semalaman kami dlm bilik tu x leh tido..tp nak buat mcm ne..kena ikhlas la sbb nenek tu mmg sakit sangat...esoknyer dia dihantar ke ICU...aku plak semakin betah sbb dah ada ramai kawan2 kat dlm bilik tu...tapi hari2 pun aku asyik tanya doktor bila boleh balik..sbb aku rindukan rumah dan kehidupan normal aku....doktor cakap aku kena lengkapkan 7 dose antibiotik yang diberi...
Hari ke-7, branula (jarum yg dicucuk utk masukkan ubat/air) yang ada di lengan aku dah x boleh blah dah...nak masukkan ubat pun dah x boleh...sakit...urat bahagian tu dah burn...so doktor kena cucuk branula baru...untuk lengkapkan 7 dose antibiotik aku tuh...tinggal satu dose je lai..pastu aku dah boleh balik....malangnyer 2 kali doktor try x boleh masuk plak branula tuh...arggghhhhh....so aku terpaksa la tunggu lai satu hari untuk dapatkan cucukan branula baru dan 1 dose balance antibiotik tuh....x pe la...boleh cuci mata lai kat doktor aku yg macho n baik tuh...ngeh ngeh ngeh....
Dr. Ashraf Anuwar yang merawat aku di Hospital Besar Melaka ;)
Esoknyer 28hb Mei 2010 (hari ke-8 di Hospital Besar Melaka) aku dibenarkan keluar....dengan beberapa temujanji susulan utk memastikan keadaan aku benar2 pulih...Alhamdulillah aku semakin bertambah sihat...aku habiskan cuti sakit aku dengan berehat di kampung...tanpa aku sedar...bila dihitung2 hampir 7 minggu aku meninggalkan ofis...2 minggu sewaktu ke UK dan 5 minggu kerana masuk hospital dan cuti sakit...aku rindu nak kembali berkerja..aku rindu nak jumpa2 teman2 aku di kl...aku rindu dgn kehidupan asal aku...
6 hb Jun 2010 aku kembali bekerja...aku terus mengekalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang sihat dan sentiasa cuba mengawal stress...sbb doktor ada pesan...perkara yang penting bagi pesakit jantung macam aku ni ialah pandai menangani stress dan sentiasa berfikiran positif...Aku akan pastikan satu hari nanti...keadaan jantung aku akan kembali normal dan aku x sakit2 lagi...InsyaAllah...sesungguhnyer semua yang berlaku ini adalah ujian Allah untuk aku dan keluarga...juga menguji kesabaran aku dan keimanan aku pada Allah...
Bulan pertama aku kena makan 7 jenis ubat...now cuma perlu makan 5 jenis ubat je :)
Konsekuan dari masalah kesihatan aku dulu telah menjejaskan beberapa perkara di ofis...1 bulan setengah gaji aku telah di potong kerana cuti sakit dan cuti rehat aku yang terlalu panjang. Bagaimanapun aku berpuashati dengan penerangan dari pihak pengurusan bahawa cuti rehat dan cuti sakit aku diberi secara berkala mengikut kontrak yang telah aku tanda tangani...walaupun pada mulanya aku sedikit down tapi suntikan semangat dari keluarga dan kawan-kawan yang prihatin membuat aku redha dan menganggap pendapatan aku untuk 1 bulan setengah yang telah di potong itu bukan tertulis sebagai rezki aku...
Apa yang penting...kesihatan aku sudah semakin baik...aku tidak lagi mengalami gangguan tidur pada waktu malam (Sleep Apnea Sydrome)...tidur aku lebih nyenyak...aku tidak lagi mengalami kesukaran bernafas dan masalah perut yang mengeras (cramp)...aku x lagi mengalami masalah 'shut down' (tertido tanpa disedari) di ofis maupun waktu memandu (sehingga kemalangan...sila baca entri aku yg terdahulu)....kaki aku x bengkak lagi serta penyakit ashtma aku pun dah x menyerang lagi...berat badan aku juga dah menurun sebanyak 25kg dari dulu...yang nyata kehidupan aku semakin aktif dan sudah kembali seperti beberapa tahun sebelum ini...Alhamdullilah!
Gambar terbaru aku (baru snap hari ni...sila abaikan air milo kat sebelah tu k...huhu) ceria kan?hehehehe ;D
Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sama-sama membantu aku dan mendoakan aku segera sembuh. Mereka2 yang x henti2 memberi aku semangat untuk terus tabah menghadapi dugaan ini....terima kasih buat keprihatinan dan bantuan korang...Juga kepada keluarga aku terutama mak n ayah yang berminggu-minggu menjaga aku tanpa mengeluh...x terbalas budi kalian!! dan buat mereka2 yang masih belum sedar akan pentingnya kesihatan diri...masih belum terlambat utk korang mengubah cara hidup ke arah yang lebih baik...InsyaAllah!
~ Liza Mohamed ~
kak!! sedihnya baca chronology sakit akak nih. apapun sabar yer. Allah ada, Dia tau apa yg tertulis tu sume adalah yg terbaik. insyaAllah akak akan sembuh. teruskan usaha dan amalkan cara hidup sihat tau. jgn stress222... n doa byk2 yer!
ReplyDeletethanks ieta...tu la sakit ni nak datang kejap jer..nak pergi slow giler...apa2 akak bersyukur sbb awal2 lai dh dapat kesan sakit ni..kalo lambat x tau la mcm ne keadaan akak sekarang..thanks for ur doa...:)
ReplyDelete